Saturday, 7 May 2011

 Pembuangan Bahan Domestik
      - Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara yang termudah untuk menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Hal yang demikian akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air yang akan menggugat kehidupan akuatik.

jimatkan penggunaan air


Amanat Hargai Air Demi Alam Sekitar

Titisan air memberi harapan
Aliran air jamin masa depan
Anugerah Alam Untuk kehidupan
Hargailah air tanpa pembaziran

Dari awal sampai ke akhir
Sungai cemar jauh mengalir
Kerosakan Alam kita khuatir
Anak cucu kepupusan sumber Air

Anak monyet mati kehausan
Syabas diucap pandai berurusan
Alam sekitar amanah warisan
Iltizam penjimatan jadikan wawasan


Pengguna bijak membuat lawatan
Perbuatan membazir amalan syaitan
Perlakuan berjimat membawa keberkatan
Pertahan alam sekitar menjadi tuntutan

Air itu nikmat Allah
Guna ia dengan cermat
Hidup amal penuh barakah
Menjadi insan mendapat nikmat

Angin, api, air dan tanah
Kita tanggung amanah Allah
Jadilah hamba pemegang amanah
Taat dan akur pada perintah
Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).
Pembuangan Bahan Domestik
      - Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara yang termudah untuk menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Hal yang demikian akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air yang akan menggugat kehidupan akuatik.
LANGKAH - LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR


Antara cara - cara untuk mengatasi krisis pencemaran air ini ialah dengan :
             
   Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat
        - Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
   Pemasangan Perangkap Sampah
        - Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
  Penyelenggaraan Sistem Perparitan Berkala
        -Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
    Kempen kesedaran melalui iklan TV
        -Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap masa.




 


Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
Sisa Toksik Dari Sektor Kilang

       - Punca utama pencemaran air sungai termasuklah pembuangan sisa toksik dari kilang. Misalnya, kilang getah dan kilang kelapa sawit merupakan punca kepada pencemaran air sungai yang berlaku di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
Air didefinisikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Air juga merupakan kumpulan cecair yang terdapat di dalam sungai, tasik, laut, dan sebagainya. Selain itu, air yang bersifat sarwajagat ini sering digunakan dalam pelbagai kegunaan domestik, industri dan kimia. Namun, dasawarsa ini, masalah air semakin menghambat masyarakat dan berada pada tahap yang mencemaskan.

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.