Monday, 25 April 2011

   Kawasan sunyi dan tersisih daripada keriuhan manusia telah dimajukan dan dikunjungi oleh ribuan pelancong dari dalam dan luar n Selain sumber air,sungai juga membekalkan sumber rezeki.Sungai yang bersih menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air seperti ikan,udang dan hidupan air yang lain.Sumber rezeki seperti ini menjadi mata pencarian kepada nalayan.Sungai dapat diempang atau dijadikan saliran ke kolam ternakan ikan air tawar.Kegiatan seperti akan menambahkan keluaran ikan dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.Keluar ikan air tawar akan meningkat dan ini akan meningkatkan bekalan ikan dan produknya.
     Sungai juga berpotensi untuk dimajukan menjadi kawasan rehat dan rekriasi. Bayangkan betapa indahnya kawasan di sekitar sungai itu, jika dibina lorong pejalan kaki disepanjang kedua-dua belah liku sungai dan dihiasi dengan pokok bunga. Deretan pokok kayu pula sebagai teduhan kepada pengunjungnya. Kawasan sungai boleh dijadikan tempat beriadah yang nyaman. Kawasan sungai yang telah dimajukan dan diperindah dapat juga dijadikan tarikan pelancong. Apatah lagi jika disediakan bot untuk menyusuri sungai atau untuk memancing.
     Usaha memajukan kawasan sungai ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan seperti pengusaha bot, peniaga gerai, dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan pelancongan. Contohnya, sebuah kawasan sungai telah dibangunkan di Pasir Salak, Perak. Kawasan tinggalan sejarah yang satu masa dulu merupakan sebuah negara. Pasir Salak sebuah pekan di tepi sungai kinidilengkapkan dengan rumah Kutai, yang mempamerkan warisan orang Melayu Perak dan terowong sejarah yang menempatkan pelbagai ilustrasi sejarah untuk ditonton oleh pengunjungnya.
     Memang tidak dapat dinafikan lagi betapa sungai itu penting dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, sungai sumber rezeki dalam kehidupan kita. Sungai yang bersih dan tidak tercemar menjadi nadi kesejahteraan manusia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar. Kita seharusnya   membuang sikap buruk seperti amalan membuang sampah ke dalam sungai supaya sungai kita sentiasa terjaga kebersihannya.

No comments:

Post a Comment